Seramai 1,730 anggota tentera Ukraine yang berselindung di kilang besi terbesar di Mariupol telah menyerah diri sejak Isnin.
Jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia Igor Konashenkov berkata, jumlah itu termasuk 771 yang telah meletakkan senjata sejak 24 jam lalu.